Lifestyle

10 Jenis Rakan Sekerja Yang Anda Akan Jumpa Di Pejabat

Tahukah anda, 52% daripada masa kita dihabiskan di pejabat? Jadi ini maknanya, pejabat adalah rumah kedua kita. Ya, walaupun secara tidak rasmi. Hampir 8-10 jam di pejabat, pelbagai rakan sekerja yang anda akan jumpa, lagi-lagi bila anda bekerja dengan syarikat gergasi yang mempunyai ratusan pekerja.

Jom kita usha 10 Jenis Rakan Sekerja Yang Anda Akan Jumpa Di Pejabat1.Kaki Gossip

Ye! Manusia jenis pertama yang anda akan jumpa di pejabat adalah kaki gossip. Percayalah…

2.Kaki kritik

Apa pun idea yang anda buat, mesti dia orang pertama yang kritik. Tak kira idea itu bagus atau buruk, pasti ada saja kutukan daripadanya.

3.Loner

Jangan kecil hati, tapi biasanya orang yang macam ni takkan peduli apa yang berlaku di pejabat. Dia akan sedaya upaya untuk buat hal sendiri saja.

4.Geng Kroni

Semua yang bagus, yang baik hanya kumpulan mereka. Biasanya, diketuai oleh seorang yang berpangkat tinggi di pejabat.

5.Pemalas Buat Kerja

Biasanya orang macam ni dia memang yang selalu merungut banyak kerja, padahal kita semua tahu yang dia memang tak buat kerja langsung.

6.Habis waktu kerja, terus putuskan hubungan

Tak kira betapa penting email yang anda hantar pada hujung minggu, dia memang tidak akan menjawab. Group whatsapp office pon memang takkan dibaca olehnya.

7. Suami orang yang agak ‘friendly’

Satu pejabat sudah tahu dia sudah berkahwin dan ada anak, tapi dia tetap galak menjadi agak ‘friendly’ dengan anak-anak gadis di pejabat.

8.Encik/Puan yang tahu segala perkara

Ya, dia tahu semua perkara, dia yang hebat dalam semua benda walaupun perkara itu sedikit tidak relevan dengan dirinya…

9.Cakap lebih tapi kerja…

Waktu bercakap, berbincang dalam mesyuarat, dialah paling hebat. Tapi bila minta bentangkan pelan kerja, dia terus senyap.

dan akhirnya, kita semua ada rakan pejabat yang…

10.Kuat makan

Mesti ada kan? Dia orang pertama yang akan ajukan soalan “Makan mana?” bila waktu rehat makan tengahari.

Jadi, anda manusia yang mana satu ketika di pejabat? Ada lagi jenis rakan pejabat yang kami lupa masukkan? Tweet kepada kami di @ehgosheep sekarang!

 

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top