, ,

10 jenis orang yang wujud di media sosial


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Rasanya dalam zaman sekarang ni kebanyakkan orang memang suka habiskan masa di media sosial kan? Facebook lah, Twitter lah, Instagram lah, Vine jek lah, macam-macam lagi lah kan? Dalam pada menghabiskan masa di media sosial, mesti macam-macam jenis orang yang korang semua jumpa kan? Yang macam itulah, yang macam inilah.

Ha jom kita usha 10 jenis orang yang wujud di media sosial kita.

1. Orang yang asyik post gambar makanan.

love foodOrang yang jenis macam ini tak menyakitkan hati sangat kan? Cuma bila dia post waktu kita tengah lapar, memang berbulu juga lah. Buat kita lapar teruk jek.

2. Selfie, selfie, selfie lagi!

selfieSelfie memanglah tak pelik zaman sekarang, tapi ada juga yang over kan. Ah jenis yang macam ni memang kita boleh iktiraf dia sebagai obses dengan diri sendiri kan? Kadang sampai satu album penuh dengan selfie dia di scene yang sama. Ewah.

3. Sembang politik

dont-careMesti ada kan orang yang jenis macam ni kan kat timeline atau newsfeed korang? Yang suka sembang politik 24/7 walaupon bukan waktu pilihan raya. Kadang semua benda yang berlaku dia akan kaitkan dengan politik. Semua bendalah macam air tumpah kena baju dia pon ada kaitan dengan politik.

4. Quotes Queen

quotesBiasanya yang macam ni memang perempuan. Gamaknya dia ada simpan satu folder yang penuh dengan quotes untuk dipost setiap hari. Quotes dia pulak kalau tak pasal cinta mesti pasal kejayaan hidup ke apa ke.

5. Tips untuk suami/isteri

bla bla blaHaa jangan cakap korang takde jumpa orang macam ni. Mesti ada punya. Yang suka sangat post tips untuk suami/isteri tiap hari. Suami patut itu, isteri patut dapat ini. Hint untuk suami dia lettew.

6. Gambar & perkembangan anak

baby2Ibu yang bangga dengan setiap perkembangan anak, setiap hari akan post gambar anak dalam posisi yang berlainan. Bagi anak makan apa hari ini, anak dah pandai meniarap ke merangkak ke. Semuanya. :’)

7. Berniaga

not intrestedAda juga golongan manusia yang bijak mengambil peluang dengan berniaga di media sosial. Cuma yang tak syoknya bila dia tag kita. Amboi, nak suruh beli ke tuew.

8. Up status FB 5 minit sekali

BlerghOrang macam ni mungkin belum tahun kewujudan Twitter.

9. Tak aktif

aliveAda juga yang masih lebihkan dunia IRL kan? Tweet satu dua lepas tu hilang dua-tiga minggu. Haa bz mencari kehidupan juga. Bak kata budak twitter, ada life lettew.

10. Pasangan paling bahagia

CoupleAlhamdulillah, bahagianya mereka berdua sehingga sejam sekali pasti akan up gambar berdua. Tak cukup dengan itu, berkongsi juga perbualan mereka di whatsapp/wechat di twitter dan instagram. :’)

 

Jadi itu antara 10 jenis orang yang wujud di media sosial kita. Ada lagi golongan yang kami terlepas pandang? Kongsikan bersama kami di @ehgosheep macam biasa.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *