, ,

10 Jenis kawan yang semua orang ada


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semua orang mesti ada kawan kan? Jadi dalam ramai-ramai kawan tu mesti banyak ragam dan perangainya. Kawan yang itu perangai macam ni, kawan yang ini perangai macam itu. Kadang-kadang sampai pening dengan ragam mereka.

Jom usha 10 Jenis kawan yang semua orang ada dalam dunia ni.

1. Kawan yang ‘tahu’ semua benda dan perkara dalam dunia.
Pasal teknologi dia tahu, pasal astronomi dia tahu. Semua bendalah dia tahu sedangkan kita tahu dia tu membongak ja. Tapi sebab kawan, kita layankan je.

know everything

2. Kawan yang bila susah cari kita, bila senang terus lupa kita.
Kawan macam ni memang menyakitkan hati betul kan? Masa dia susah, tak ada duit mesti cari kita. Minta tolong, minta belanja makan, tapi bila dah senang, nombor telefon kita pon dia tak ingat dah agaknya.

who are you

3. Kawan yang walaupon mulut macam celaka tapi bila kita minta tolong dia mesti ada.
Ada satu jenis kawan yang macam ni, yang mencarut mengutuk kita selalu. Ayat-ayat carutan dan makian mesti akan bermain kat bibir dia, tapi bila kita susah atau minta tolong, mesti dia ada. :’)

pitch-perfect1

4. Kawan yang jadi tempat kita luahkan perasaan.
Kawan macam ni adalah kawan yang kita paling selesa, paling sedia mendengar tiap masalah kita. Kawan macam ni lah yang tahu hampir 100% masalah kita dan masih setia berkawan dengan kita.

i love you

5. Kawan yang janji nak lepak pukul 2, tapi pukul 5 pon tak muncul lagi.
Kawan jenis macam ni memang sangat menyakitkan hati. Janji nak lepak pukul 2, tapi pukul 5 pon tak muncul lagi. Padahal dia yang set masa pukul 2. Bila ditanya mana, “otw” memanjang.

late

6. Kawan yang blur. Orang buat lawak dan dan habis gelak baru dia dapat tangkap kenapa orang gelak.
Ya, kadang kesian dengan kawan yang macam ni. Kita dah beralih ke topik yang baru, dia baru nak dapat tangkap kenapa kita gelak sebelum tu.

laugh

7. Kawan yang suka copy paste mesej panjang-panjang dalam group whatsapp.
Mesti ada kan kawan macam ni dalam group whatsapp? Kadang kita malas nak baca mesej yang dia hantar tu sebab 90% daripadanya bukan mesej penting atau sah betul atau tak.

annoyed2

8. Kawan yang hari-hari post gambar suami dan anak dia.
Ya, biasanya kawan macam ni masih dalam fasa ‘syoknya kawen’. Hari-hari post gambar suami, anak dan soalan kegemaran dia pada kita adalah “bila nak kawen?”.

family

9. Kawan yang susah nak angkat call.
Kadang tak faham kenapa kawan yang jenis macam ni. Susah betul nak angkat call sedangkan whatsapp tengah status ‘online’.

phone call

10. Kawan yang tidur mati dan susah nak dikejut.
Ya, kalau ada kawan sebilik atau serumah macam ni memang stress. Nak kejut dia untuk pergi kelas atau keluar makan tu satu perkara yang sangat mencabar.

wake up

Itu antara 10 Jenis kawan yang semua orang ada dalam dunia ni. Apa lagi jenis kawan-kawan yang korang ada? Kongsikanlah bersama kami di Facebook Ehgosheep sekarang.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *