, , , ,

10 Idea Unik Untuk Cenderahati Majlis Kahwin


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Diam tak diam, tak lama lagi November akan menjelang. Sekejap sahaja kita sudah tiba penghujung tahun 2015. Bila penghujung tahun, maka cuti sekolah bakal bermula. Sinonim dengan cuti sekolah, maka ramailah pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Bukan apa, bila majlis dilangsungkan pada cuti sekolah ini, mudahlah para saudara mara dan sahabat handai untuk datang kan.

Untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, sudah pasti sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan majlis anda nanti. Banyak urusan yang perlu diselesaikan seperi borang pernikahan, pelamin, makanan dan tak lupa, cenderahati untuk tetamu majlis. Cenderahati atau door gift ini diberikan kepada tetamu sebagai tanda kenang-kenangan. Namun, dalam mencari cenderahati yang menarik, pastikan barangan itu berguna untuk tetamu anda nanti. Tak mahulah barang itu mahal semata, tetapi tak tahu nak digunakan untuk apa.

Khusus untuk yang masih mencari-cari, apakah cenderahati yang sesuai untuk diberikan pada tetamu nanti, kami berikan 10 Idea Unik Untuk Cenderahati Majlis Kahwin anda.

1. Doa atau Yassin

Doa atau yassin memang sangat berguna apabila diberikan kepada tatamu. Harga doa dan yassin ini biasanya 70sen hingga RM1 sehelai. Kadang, ada penjual yang membuat promosi 50sen sahaja. Tetapi, pastikan waktu majlis, anda letakkan di tempat yang tinggi ya. Jangan sampai dilangkah-langkah oleh orang ramai. 🙂

Yassin 2
Yassin 1

2. Tuala Kecil

Rasa seronok sebenarnya bila dapat cenderahati tuala kecil. Boleh digunakan di dapur atau tuala lap muka seharian. Untuk nampak lebih cantik, anda boleh ikat tuala kecil ini menggunakan reben atau tali jut mengikut kreativiti anda. Harga tuala kecil ini biasanya dalam 50sen hingga RM2 sehelai.

Tuala 2
Tudung 1

3. Madu

Trend memberikan madu sebagai cenderahati semakin meningkat kini. Madu sememangnya elok untuk kesihatan. Ramai penjual cenderamata yang menjual madu di dalam balang kecil dengan harga yang berpatutan.
Madu 2
Madu 1

4. Senduk Kayu

Untuk yang suka memasak, pasti akan teruja apabila mendapat senduk kayu begini. Sememangnya berguna untuk di dapur.

Senduk Kayu
Senduk Kayu 2

5. Tudung

Untuk anda yang mempunyai bajet perkahwinan yang agak tinggi, boleh berikan tudung, selendang atau pashmina kepada tetamu perempuan. Bajet biasanya RM2.50 hingga RM5 sehelai.

Tudung 3
Tudung 1

6. Kopiah

Jika tetamu perempuan anda berikan tudung, untuk tetamu lelaki boleh diberikan kopiah. Jika ada bajet lebih, boleh berikan sekali bersama tasbih.

kopiah

7. Sejadah Mini

Untuk anda yang mahu memberikan sejadah mini kepada tetamu, boleh hiaskan dengan mengikat reben. Tak perlu dibungkus kerana pasti ia memerlukan beg yang besar.

Sejadah Mini 1
Sejadah Mini 2

8. Lilin Wangi

Jika anda memberikan lilin wangi, bajet yang perlu dikeluarkan juga tidak terlalu besar kerana banyak tempat yang menjual lilin ini secara borong dengan harga yang berpatutan.

Lilin 1
Lilin 2

9. Sabun

Sabun memang berguna jika diberikan kepada tetamu dan tidak akan dibazirkan. Selain itu, mudah dan tahan lama disimpan. Jadi anda boleh membelinya awal jika anda membeli sedikit demi sedikit.

sabun 2
Sabun 1

10. Potpurri

Untuk yang sukakan wangi-wangian, potpurri memang cenderahati yang sangat sesuai. Bajet untuk membeli potpurri ini secara pukal juga tidak terlalu mahal.

potpouri 2
Potpouri

 

Itu antara 10 item yang anda boleh hadiahkan kepada tetamu majlis anda sebagai kenang-kenangan. Sekurang-kurangnya, 10 item di atas memang jelas dan boleh digunakan terus. Nantikan tips untuk majlis perkahwinan dari Ehgosheep lagi nanti.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *