, , ,

10 Fakta tentang Pelakon Pitch Perfect 2 !


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

PERHATIAN : Jika anda masih belum menonton Pitch Perfect 2, artikel ini MUNGKIN mempunyai spoiler.

Kehangatan Pitch Perfect memang sangat terasa. Rata-rata ramai yang memberikan komen yang positif dan membina tentang filem acapella kedua ini. Mana mungkin penonton tidak menyukai nyanyian, tarian, dan segala lawak dalam Pitch Perfect 2 kan?

Namun, apalah filem Pitch Perfect 2 tanpa barisan pelakonnya kan? Pitch Perfect 2 dibintangi oleh barisan pelakon seperti Anna Kendrick, Rebel Wilson, Skylar Astin, Brittany Snow, Anna Camp, Adam Devine, dan ramai lagi! Kesemua gabungan pelakon ini menjadikan filem ini aca-perfect! Jom baca 10 Fakta tentang Pelakon Pitch Perfect 2 !

1. Jesse (Skylar Astin) dan Aubrey (Anna Camp) adalah pasangan kekasih!
Aca-believe it! Walaupun tidak pernah berlakon dalam babak yang sama dalam Picth Perfect, namun menurut Anna dia dapat merasakan aura romantis Skylar.

“Dia sememangnya sangat manis seperti wataknya. Dan dia adalah penyanyi yang hebat dan pernah menyanyi di Broadway”. Pitch Perfect pair!

Anna-Camp-Skylar-Astin 1

Anna-Camp-Skylar-Astin 6

2. Chloe (Brittany Snow) tidak menyukai warna rambutnya di Pitch Perfect 2!
Menurut Brittany, mereka (produksi) benar-benar mahu rambutnya menjadi merah gelap dan dia mahu warna yang lebih cerah seperti dalam filem pertama.

3. Chloe (Brittany Snow) dan Jessica (Kelley Jakle) adalah rakan sebilik dan rakan karib di dunia sebenar!
“Saya benar-benar bertuah mendapat kawan baik di dalam filem dan dapat bersama mereka sepanjang hidup saya. Salah seorang kawan baik dan teman sebilik saya adalah Kelley Jakle, di mana kami berkenalan dalam filem pertama”.

BFF

4. Green Bay Packers adalah pasukan ragbi American football yang terkenal!
David Bakhtiari, pemain Green Bay Packers telah menghantar DM di Twitter kepada Elizabeth Banks yang berbunyi “Kami adalah peminat tegar (Pitch Perfect) dan kami sanggup buat apa sahaja untuk filem tersebut”. Maka terhasillah idea untuk meletakkan Green Bay Packers di dalam scene riff off!

5. Fat Amy (Rebel Wilson) melakukan sendiri aksi untuk babak pembukaan.
Menurut Rebel, mereka tidak dapat menjumpai mana-mana pelakon stunt yang sama saiz badan dengannya, jadi dia terpaksa melakukkannya sendiri. Persembahan itu menurutnya diinspirasikan daripada persembahan Pink, namum ia lebih sukar. Rebel menjalani latihan bersama pelatih dari Cirque du Soleil untuk menjayakan babak ini.

Fat Amy 2

Fat Amy

6. Cynthia (Ester Dean) adalah penulis lirik yang terkenal!
Siapa sangka Cynthia (Ester Dean) pernah menulis lirik untuk beberapa lagu terkenal seperti “Rude Boy,” “Firework,” “Turn Me On,” “Mr. Know It All,” “Super Bass,” “Stronger” dan banyak lagi. Pitch Perfect juga merupakan filem pertamanya sebagai pelakon! Ester Dean juga ada mencipta dan menyanyikan lagu yang akan dimuatkan dalam soundtrack filem Pitch Perfect 2 ini.

7. Fat Amy (Rebel Wilson) improvise hampir keseluruhan dialognya!
Menurut Brittany Snow, Rebel Wilson tahu apa yang dia sendiri lakukan, kerana dia bijak dan tahu bagaimana untuk improvisasikan dialog dan memastikan perkara itu memang akan menjadi.

8. Jessica (Kelley Jakle) adalah penyanyi acapella profesional!
Aca-cuse me? Yes! Kelley Jakle adalah ahli kumpulan acapella, SoCal Vocals.

9. Jessica (Kelley Jakle)dan Bumper (Adam DeVine) pernah berpacaran!
Yes, another Pitch Perfect pair! Tapi sayangnya, hubungan Kelley dan Adam hanya bertahan sehingga Jun 2014. Mereka telah membuat keputusan untuk berpisah sewaktu penggambaran Pitch Perfect 2.

Kelley Jakle Adam Devine 2

Kelley Jakle Adam Devine 3

10. Lilly (Hana Mae Lee) adalah model dan pereka fesyen!
Woah. Selain daripada mempunyai kemahiran bercakap dalam nada yang sangat perlahan, Hana Mae Lee adalah model yang terkenal. Wajahnya pernah terpampang dalam majalah seperti TIME, SOMA, Elle, and Teen Vogue ! Hebat!

Hana Mae Lee

Hana Mae Lee 2

Jadi, itu adalah antara 10 Fakta tentang Pelakon Pitch Perfect 2. Anda rasa ada ke yang kami tertinggal? Jika ada, apa kata beritahu kami di facebook.com/ehgosheep sekarang!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to Mrsyatie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *