, , ,

10 Babak Dalam Fast & Furious 7 Yang Buat Penonton Sedih


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

PERINGATAN : SPOILER ALERT. Rata-rata kebanyakan penonton yang sudah menyaksikan sendiri filem terbaru Fast & Furious 7 menyatakan mereka sedih dengan filem itu. Kesedihan siri filem yang bermula dari 2001 itu lebih dirasai selepas pemergian pelakon watak utam filem tersebut iaitu Paul Walker.

Sepanjang menonton filem Fast & Furious 7 pasti yang ada yang menitiskan air mata atau sekurangnya mengatakan “Sedihnya” dalam hati. Sebelum membaca, korang kena play lagu Wiz Khalifa ft Charlie Puth – See You Again untuk dapatkan feeling.

Jom kita usha 10 Babak dalam Fast & Furious 7 yang buat penonton sedih gila

1. Saat rumah Toretto diletupkan dan disaksikan sendiri oleh Dom, Brian & Mia.

Saat rumah Toretto diletupkan dan disaksikan sendiri oleh Dom, Brian & Mia
Saat ini agak sedih kerana seperti mana semua peminat Fast & Furious, rumah Toretto adalah rumah keluarga di mana mereka semua berkumpul. Sedih apabila mereka hanya mampu melihat rumah mereka diletupkan dan musnah.

2. Saat Letty melawat kuburnya sendiri.

Saat Letty melawat kuburnya sendiri.
Sedihnya bila melihat Letty berada dikuburnya sendiri, kerana baginya dirinya yang dulu sudah mati kerana ingatannya tentang kenangan dulu sudah tiada.

3. Saat Letty meminta Dom untuk memberinya ruang untuk dirinya.

Saat Letty meminta Dom untuk memberinya ruang untuk dirinya
Saat sedih Letty melawat kuburnya sendiri bersambung dengan saat Letty meminta Dom untuk memberikan ruang untuk dirinya mencari siapa dirinya, siapa dia sebelum ini bersama Dom.

4. Babak perbualan Mia & Dom tentang Brian.

Babak perbualan Mia & Dom tentang Brian
Mia & Dom berbual tentang usaha Brian untuk membiasakan dirinya dengan dunia realiti, dunia orang sudah bekeluarga. Mia menceritakan pada Dom yang Brian tidak rindukan kereta, tidak rindukan perempuan-perempuan cantik, tetapi dia rindukan peluru.

5. Babak perbualan telefon diantara Brian & Mia.

Babak perbualan telefon diantara Brian & Mia.
Brian : I love you, Mia
Mia : Don’t do that. The way you said that sounded like goodbye. Say something else.
Brian : Kiss Jack for me…
6. Babak Dom yang sedang nazak selepas bertarung dengan Deckard Shaw.

Babak Dom yang sedang nazak selepas bertarung dengan Deckard Shaw
Apalah Fast & Furious tanpa street fight kan? Dom nazak selepas bertarung dengan Deckard Shaw dan menyelamatkan diri selepas menewaskan Shaw. Malangnya, Dom nazak dan semua watak mengelilingi Dom dan mula meratap sedih berharap Dom masih ada.

7. Saat Letty akhirnya mendapat kembali ingatannya dan mengucapkan kembali sumpah mereka di hari perkahwinan mereka.

Saat Letty akhirnya mendapat kembali ingatannya dan mengucapkan kembali sumpah mereka di hari perkahwinan mereka.
“You will never be alone again. I vow, wherever you go, I go. You ride, I ride. You fight, I fight…and if you ever die on me Dominic Toretto, I’m gonna die with you…” – Letty
8. Saat kesemua watak utama duduk di tepi pantai melihat keluarga Brian & Mia.
Saat ini mata dah mula bergenang bila mereka berkumpul di tepi pantai selepas selesai segala masalah. Mereka berkumpul dan melihat Brian & Mia bermain bersama anak mereka. Saat ini lebih sedih apabila watak Brian itu dilakonkan oleh adiknya selepas pemergiannya.

Saat kesemua watak utama duduk di tepi pantai melihat keluarga Brian & Mia
Roman : “Beautiful,”
Letty : “That’s where he belongs,”
Dominic : “Home. That’s where he’s always belonged,”
Roman “Things are gonna change,”
Ramsey : “You aren’t even going to say goodbye?”
Dominic : “It’s never goodbye,”
9. Saat flashback tentang Brian O’Corner dari Fast & Furious hinggalah ke filem terakhir beliau.

Saat flashback tentang Brian O'Corner dari Fast & Furious hinggalah ke filem terakhir beliau
“For Paul” – Ayat ini sudah cukup mengambarkan perasaan seluruh krew dan produksi Fast & Furious terhadap Paul. Mereka dedikasikan Furious 7 khas untuk Paul Walker.

10. INI PALING SEDIH – Babak Dom mengucapkan selamat tinggal kepada Brian bersama muzik latar belakang “See you again”.

Babak Dom mengucapkan selamat tinggal kepada Brian bersama muzik latar belakang See you again. (1)Babak Dom mengucapkan selamat tinggal kepada Brian bersama muzik latar belakang See you again. (2)
“I used to say I live my life a quarter mile at a time and I think that’s why we were brothers – because you did too. No matter where you are, whether it’s a quarter mile away or half way across the world. The most important thing in life will always be the people in this room, right here, right now. Salute mi familia. You’ll always be with me. And you’ll always be my brother.” – Dominic Toretto
hulur tisu It’s okay buddy, it’s okay.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *