1 Juta Tontonan! Akim & The Magistret Berjaya “Rampas” Hati Peminat

Baru saja sebentar tadi muzik video lagu Rampas nyanyian Akim & The Magistret mendapat 1 juta tontonan sejak ia dimuatnaik di youtube pada 7 Sept yang lalu.

Akim melalui akaun instagram beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih pada peminat yang menyokongnya

Syukur, Terima kasih yang menonton RAMPAS! Korang memang power!

Selain itu, sempena muzik video ini mendapat 1 juta tontonan di youtube, Akim ingin memberikan hadiah misteri untuk peminat beliau di instagram.

Sempena dengan ini, akan ada hadiah misteri kepada korang yang comment di bawah, dengan cara, nyatakan kenapa korang sayang ATM @akim_themajistret .
.
.
Pemenang akan diberitahu di story saya pada pukul 11 malam esok. Yang paling kreatif akan dipilih. Selamat mencuba!

Jadi pada sesiapa yang mahukan hadiah misteri dari Akim bolehlah join contest tu okay! Kepada Akim & The Magistret, teruskan berkarya dan semoga terus sukses okay!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.