Untuk anda yang memang kaki drama, pasti anda semua sudah biasa dengan adegan ‘romantis’ seperti berpelukan, berpegangan tangan, mahupon adegan di bilik tidur bukan? Kebelakangan ini, Malaysia memang dibanjiri dengan drama-drama yang sebegitu. Mungkin kerana, drama begitu yang senang diterima oleh rakyat Malaysia yang kononnya sukakan adegan romantis.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dan mahu adegan-adegan menjolok mata tersebut dipotong kerana ianya tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Peka dengan komen dan kritikan serius dari orang awam, Lembaga Penapisan Filem (LPF), telah mengeluarkan garis panduan khusus baru untuk diaplikasikan oleh semua stesen televisyen. Kini, tiada lagi adegan ‘romantis’ di kaca televisyen.

LPF 1

LPF 2

LPF 3

LPF 4

LPF 5

Garis panduan baru ini bukan sahaja berkaitan dengan elemen seks atau ghairah semata, ia juga berkaitan dengan elemen ganas dan berbaur politik. Kini, stesen televisyen haruslah mematuhi garis panduan yang baru ini dalam setiap terbitan mereka. Mereka kini perlu mencari cara yang lebih kreatif untuk mempamerkan adegan romantis dalam drama keluaran mereka.

Dengan langkah ini, diharapnya, drama-drama kini kembali sesuai ditonton oleh semua lapisan umur tanpa perlu risau ia akan memberikan contoh yang tidak elok kepada anak-anak kecil.