Kumpulan SHINee adalah kumpulan Kpop yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kumpulan yang sudah 7 tahun bertapak dalam industri hiburan ini telah mencipta pelbagai kejayaan di Korea dan juga di peringkat antarabangsa.

album3-2375

Album terbaru mereka yang bertajuk Odd yang menampilkan single “View” yang kuat elemen muzik house dan pop moden telah meraih tempat kedua dalam World Digital Songs chart, menjadikan ia lagu Kpop paling laku dalam pasaran U.S.

SHINee_1432000276_af_org

Berita baik untuk peminat-peminat kumpulan SHINee, mereka akan tampil dengan versi repackaged album penuh keempat Odd. Pastinya album ini menjadi platform untuk SHINee terus mengorak langkah dalam menjadi pemuzik yang disegani.