Untuk ibu yang bakal menyambut kelahiran anak pasti akan sedikit gementar kan? Lagi-lagi kalau ini adalah pengalaman pertama anda. Kalau boleh semuanya mahu disiapkan dalam keadaan sempurna dan mahu elakkan ada benda yang tertinggal.

Jadi, untuk membantu menghilangkan kegusaran para ibu, ini dia senarai keperluan ibu & anak di hospital. Senarai ini boleh membantu anda untuk menyediakan beg bersalin ke hospital nanti. Seeloknya, beg yang sudah lengkap ini disediakan bila kandungan sudah menjejak usia 32 minggu ke atas. Siapkan dan letak dalam kereta awal-awal. Jadi, jika ada tanda bersalin, maka suami isteri tak perlu lagi panik kerana beg sudah tersedia.

Untuk memudahkan anda, boleh asingkan beg untuk barangan ibu dan bayi agar mudah untuk urusan mencari barang nanti. Bukan apa, nanti di hospital waktu sudah sarat atau selepas bersalin, pasti tidak mahu susah-susah mencari barang sendiri kan?

senaraikeperluan