Selebriti dengan fesyen memang tidak boleh dipisahkan. Sudah menjadi lumrah untuk selebriti, setiap gaya dan pakaian mereka akan diperhatikan oleh media dan juga peminat. Di Malaysia, boleh tahan ramai juga selebriti yang bergaya dan sentiasa stylo dalam apa jua acara dan tempat. Bagi EhGoSheep, nak tahu selebriti itu betul bergaya atau tidak, lihat pada cara pemakaian harian atau casual mereka, jika bergaya, maka betul bergayalah. Kenapa bukan di karpet merah? Ah semua selebriti pasti berebut dan mengupah pereka fesyen dan jurusolek untuk menghias mereka.

Berikut adalah 10 selebriti wanita paling bergaya di Malaysia mengikut permerhatian EhGoSheep.

1. FAZURA

Pelakon yang sentiasa mendapat perhatian media dan peminat ini tidak perlu dipertikaikan lagi citarasa fesyennya. Mempunyai butik pakaian jenama sendiri “House of Doll”, Fazura memang bijak untuk bergaya dengan stailo dan masih kena dengan tempat.

Fazura2  Fazura3Fazura1

2. YUNA

Penyanyi yang sudah gah melebarkan sayap di luar negara ini memang nampak peningkatannya dalam hal bergaya. Semakin lama, gayanya semakin anggun dan masih lagi menutup aurat.

Yuna3 Yuna2 Yuna1

3. SCHA AL-YAHYA

Ibu kepada Lara Alana ini memang dikagumi citarasanya dalam bergaya. Turut mempunyai butik jenama sendiri iaitu, Schapoholic, Scha sentiasa tampil bergaya dalam tiap acara.

Scha3 Scha2 Scha1

4. HANIS ZALIKHA

Pengacara dan pelakon yang bakal berkahwin tak lama lagi ini juga antara selebriti Malaysia yang bijak bergaya. Menggunakan khidmat kawan baiknya sendiri, gayanya memang sesuai dengan usia dan juga penampilannya.

Hanis1 Hanis2 Hanis3

5. NEELOFA

Mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu Nealofar Hijab dan Abaya, pengacara Meletop ini memang menjaga penampilannya. Kekal bergaya dan masih menjaga auratnya, Neelofa sememangnya selebriti hijabsta yang patut dicontohi.

Neelofa2 Neelofa3 Neelofa1

6. NABILA HUDA

Sentiasa tampil ranggi dan muda, Nabila Huda memang berani dalam bergaya dan tidak takut untuk mencuba penampilan baru dan lain daripada yang lain.

Abil3 Abil2 Abil1

7. AMELIA HENDERSON

Pengacara dan penyampai radio yang mula dikenali ramai ini sunguh bergaya tanpa perlu berusaha terlalu bersungguh. Mungkin ini bonus menjadi perempuan cantik?

Ameliath2 Ameliath1 Ameliath3

8. ELFIRA LOY

Selebriti kecil molek ini sentiasa tampil bergaya di mana-mana acara atau majlis. Walaupun pada awalnya Elfira bergaya melebihi usia sebenarnya, namun kini, gayanya kelihatan sungguh muda dan segar, sesuai dengan usianya yang masih muda.

Elfira3 Elfira2 Elfira1

9. ROZITA CHE WAN

Siapa kata umur menjadi penghalang untuk bergaya? Rozita Che Wan membuktikan menjadi ibu yang sibuk bukan halangan untuk bergaya dan kelihatan muda.

Rozita1 Rozita2 Rozita3

10. SHARIFAH SAKINAH

Duta kepada Adidas Malaysia ini memang bergaya dan sempoi sahaja. Lihat saja gambar pra-perkahwinannya, sungguh santai dan tidak terlalu mencuba.

Sakinah2 Sakinah3 Sakinah1

 

Jadi, siapakah selebriti lain yang anda rasakan bergaya? Kongsikan dengan kami dengan mention @ehgosheep di twitter!