PSY kembali dengan rentak yang lebih catchy dan mengujakan! Yang pasti makin ramai yang akan ketagih dengan alunan lagu PSY yang mudah dihadam telinga.

Dua MV terbaru PSY bertajuk “Daddy” dan “Napal Baji” yang baru dilancarkan semalam di laman YouTube telah pun menggegarkan dunia cyber dengan jumlah view yang mengagumkan. Mungkinkah lagu-lagu ini akan mengalahkan jumlah tontonan “Gangnam Style” yang setakat ini telah mengumpul 2.5 billion view?

PSY-NAPAL-BAJI-MV.png.pagespeed.ce.T3_bLGlMPb

Baru sahaja dilancarkan sehari, MV “Daddy” yang juga menampilkan CL dari kumpulan 2NE1 telah pun mencecah 10.6 juta view. Manakala “Napal Baji” juga tidak kurang hebatnya apabila ia sudah ditonton sebanyak 3.2 juta kali dalam masa sehari.

Adakah MV terbaru PSY ini akan menggegar dunia sekali lagi? Sama-sama kita nantikan. Sambil tu jom tambah view kepada video-video ini.