Sub unit M&D yang melibatkan Heechul dari Super Junior dan Jungmo dari Trax hadir dengan single terbaru yang upbeat dan ceria.

Duo ini telah pun melancarkan lagu terbaru mereka bertajuk “I wish”. Kelihatan beberapa bintang lain juga membuat penampilan antaranya Yerin (G-Friend), Lee Jin HoCho Jae Geol, Gun Hee, dan Jang Dong Min.

M&D yang membawa maksud ‘Midnight & Dawn’ juga membawa maksud tempat asal mereka, ‘Miari dan Dangye-dong’. Sebelum ini mereka pernah membuat single digital bertajuk “Close Ur Mouth” pada tahun 2011. Agak lama tu. Jadi, jom kita alu-alukan kemunculan mereka semula!