Penyanyi kumpulan FTISLAND, Lee Hong Ki tampil cemerlang dengan lagu solo pertamanya, Insensible. Dalam rancangan terbitan SBS MTV, “The Show”, penyanyi hebat ini telah dipilih menjadi pemenang mingguan dengan single solo pertamanya ini.

Selain beliau, artis lain yang tercalon untuk tahta pertama ialah VIXX, B.A.P, EXID, dan Brown Eyed Girls.

Hong Ki nyata terkejut dengan kemenangannya dan beliau kelihatan terpinga-pinga. Selepas tamat siaran, Hong Ki menyatakan ucapan terima kasih kepada peminat-peminatnya melalui IG post ini.

hongki-

 

Reaksi Hong Ki semasa diumumkan sebagai juara mingguan

Persembahan Hong Ki dalam rancangan The Show

MV INSENSIBLE