Dua hari lagi sebelum kemunculan Hari Raya Aidilfitri. Macam biasalah semua radio dah mula memainkan pelbagai lagu Raya Aidilfitri, tak kisahlah lagu lama ke lagu baru janji lagu raya. Tidak ketinggalan juga untuk radio berbahasa Inggeris untuk turut memainkan lagu raya.

Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.

Namun sehingga hari ini, tak kiralah komposer ke pencipta atau penulis lagu masih lagi belum dapat menulis lagu raya setanding dengan lagu-lagu raya yang sudah lama wujud dan mungkin sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun.

Orang masih lagi melayan lagu-lagu lama yang lebih sedap didengar seperti lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya atau Balik Kampung. Namun sesetengah lagu raya yang baru bukanlah tidak sedap didengar tapi masih lagi tidak boleh melawan lagu-lagu raya yang sudah mencapai tahap malar segar atau evergreen.

Jom kita lihat senarai lagu Raya yang mungkin lagu raya pertama yang pernah wujud dan mungkin kita tidak tahu bila lagu tersebut wujud!

1. Selamat Hari Raya –  Saloma

Penulis Lirik : Ahmad Jaafar
Komposer : Ahmad Jaafar
Tahun : 1955

 

2. Manusia Miskin Kaya – Nona Asiah

Penulis Lirik : P. Ramlee
Komposer : P. Ramlee
Tahun : 1950an

 

3. Aidilfitri – Kamsani – Nona Asiah

Penulis Lirik : Tidak Diketahui
Komposer : Zubir Said
Tahun : 1950an

 

4. Suara Takbir – P. Ramlee

Penulis Lirik : P. Ramlee
Komposer : P. Ramlee
Tahun : 1960an

 

5. Dendang Perantau – P. Ramlee

Penulis Lirik : P. Ramlee
Komposer : P. Ramlee
Tahun : 1960an

 

6. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned

Penulis Lirik : Jins Shamsuddin
Komposer : Karim Masdor
Tahun : 1964

 

7. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais

Penulis Lirik : P. Ramlee
Komposer : P. Ramlee
Tahun : 1969

 

8. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

Penulis Lirik : Rafeah Buang
Komposer : Kasim Masdor
Tahun : 1972

 

9. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri

Penulis Lirik : Yusnor Ef
Komposer : Kasim Masdor
Tahun : 1972

 

10. Hari Yang Mulia – Sharifah Aini

Penulis Lirik : Yusnor Ef
Komposer : Kasim Masdor
Tahun : 1973

Pada 1977 muncul pula Album Raya baru yang juga boleh diterima ramai iaitu Album “Bergembira Di Hari Raya” yang memuatkan lagu raya seperti Seloka Hari Raya – Uji Rashid dan Hail Amir. Pada tahun 1980-an pula album Aidilfitri Bermaaf-maafan, Album Pemberian Di Hari Raya pada tahun 1981 yang memuatkan lagu Suatu Hari Di Hari Raya – M Nasir. Selepas itu, tiada lagu raya yang menyengat kecuali yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu Sesuci Lebaran.

Jika diperhatikan tidak banyak lagu Raya baru yang kena dengan jiwa pendengar kecuali lagu Sesuci Lebaran oleh Siti Nurhaliza. Lagu ini popular kerana melodi dan liriknya kena dengan jiwa pendengar. Ringkasnya lagu raya sekarang kehilangan jiwa untuk berhari raya dan sekadar rentak, irama dan melodi berseni kata tema hari raya

sumber : Senarai Lagu Raya