Kumpulan naungan JYP Entertainment, Miss A  akan kembali ke persada seni Kpop pada hujung bulan ini. Pastinya peminat-peminat Miss A sudah lama menahan rindu menyaksikan aksi-aksi gadis hot ini. Salah seorang ahli Miss A, Jia telah mengesahkan hal ini pada Disember 2014, berkata yang Miss A akan kembali pada 2015.

miss_a_artist_profile
Miss A debut pada 2010 dengan lagu “Bad Girl Good Girl”. Lagu terakhir yang mereka popularkan ialah “Hush” pada tahun 2013. Sepanjang tahun 2014, mereka lebih banyak fokus pada kerja individual namun mereka telah mengesahkan yang Miss A akan terus kekal beraksi pada 2015.

Rata-rata ahli Miss A sibuk dengan projek solo mereka sepanjang tahun 2015.

Buat masa ini, JYP production belum menentukan tarikh yang tepat bilakah Miss A akan membuat comeback. Konsep lagu seterusnya juga masih dirahsiakan, namun boleh dijangkakan karya Miss A kali ini pastinya hebat. Sebelum itu mari kita layan lagu Miss A paling mengancam “Goodbye baby”.