Syarikat penerbangan murah Korea, Jeju Air telah mengumumkan pada 16 Mac bahawa pelakon kacak Kim Soo Hyun akan menjadi wajah baru mereka sebagai duta.  Kim yang terkenal dengan watak Song Sam Dong dalam drama bersiri Dream High dan alien kacak dalam  My Love from the Star ini akan menemani perjalanan penumpang Jeju Air.

ZIOZIA01-640

Sebelum menandatangi kontrak dengan bintang Moon Embracing the Sun ini, Jeju Air pernah menggunakan BIGBANG , Lee Min-ho , dan bintang-bintang dunia lain sebagai model mereka. Tujuannya, tentu saja untuk menarik pasaran Asia.

Sesuai dengan title sebagai selebriti korea paling disenangi, kerjasama dengan Kim  sudah pasti akan membawa kelebihan kepada Jeju Air.

“Kami telah memilih Kim Soo Hyun menjadi wajah penerbangan kami. Wajahnya akan digunakan untuk mempromosikan Jeju Air sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik di seluruh Asia,” ujar wakil Jeju Air.

Kim Soo Hyun bakal membintangi drama terbaru Producer yang sebelum ini kami pernah tulis berkaitan kemungkinan IU juga akan berlakon dalam drama ini.