Perkataan pertama yang keluar dari mulut kami bila melihat kesemua 12 poster finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-31 ini ialah “Power gila”. Jarang untuk melihat poster promo yang sangat kreatif macam ni.

Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Rosman Nizar (@rosmanpositivo) dan Hafiz Nordin (@hafizdetroit) yang mengeluarkan idea untuk buat poster yang kami rasa power nokharom ni!

Sebenarnya kesemua poster-poster ini di design seperti poster filem dan sesuai dengan tema untuk AJL31 pada tahun ini iaitu “Cerita Dalam Lagu”

Jom kita lihat poster-poster yang kami sertakan dengan sedikit penjelasan tentang konsep dan cerita disebalik kesemua poster finalis Anugerah Juara Lagu yang ke 31 ini

1. KU RELA DIBENCI – AIMAN TINO
– Konsep/Inspirasi: Dissolving tragic hero. (Transcendence, Days of Future Past, Divergent, etc)
– Cerita: Ketandusan & penantian menunggu pengakhiran sesebuah cerita (dan juga hayat).

 

2. OBSES – AKIM & THE MAJISTRET
– Konsep/Inspirasi: Unapologetic delinquent captured. (The Usual Suspects)
– Cerita: Kesinambungan kisah tahun lepas (Potret) dibicarakan di mahkamah kini bersedia menghadapi hukuman kerana obsesi secara metafora.

 

3. LELAKI TERAGUNG – DAYANG NURFAIZAH
– Konsep/Inspirasi: Dominant female figure with grandeur dress. (Revenge, Dark Shadows, The Dressmaker, etc)
– Cerita: Penghargaan pada figura lelaki penting dalam hidup seseorang wanita, demi mencari kebahagiaan dunia & akhirat)

 

4. TERIMAKU SEADANYA – MISHA OMAR & HAFIZ SUIP
– Konsep/Inspirasi: Old love rekindled in different time. (The Great Gatsby)
– Cerita: Cinta lama dua insan yang bertaut kembali namun banyak komplikasi yang telah, sedang & bakal berlaku.

 

5. SUDAH KU TAHU – PROJECTOR BAND
– Konsep/Inspirasi: Old time slackers inspired to be rockstars, now ready to move on and be real rockstars. (Rock On, The Beatles – Abbey Road, etc)
– Cerita: Bersedia untuk melangkah pergi dari kisah duka & menuju kejayaan di hadapan.

 

6. SELAMANYA CINTA – SHILA AMZAH & ALIF SATAR
– Konsep/Inspirasi: Long distance relationship stories adapted from novel. Multiple exposure technique. (Tomorrowland, Bridge of Spies BAFTA, etc)
– Cerita: Kisah cinta dua benua kononnya diadaptasi daripada novel cinta dengan penggunaan dua figura & tempat berbeza.

 

7. ANUGERAH TERINDAH – BLACK
– Konsep/Inspirasi: Standalone prominent hero. (Superhero movies, James Bond, etc)
– Cerita: Kasih, cinta & sayang diceritakan daripada seorang figura lelaki kepada insan tersayang yang dianugerahkan hadir dalam dirinya.

 

8. DI AMARAN MAMA – HAZAMA & THE PENGLIPUR LARA
– Konsep/Inspirasi: Modern world magicians going through multiple dimensions. (Now You See Me, Oz, 21, etc)
– Cerita: Menggunakan frasa “Dia ada sakti bikin duniaku senang-senang saja bergoncang”, berkisar bagaimana besar & magikal kesan seorang yang penting hadir dalam hidup.

 

9. SETIA – ELIZABETH TAN & AWI RAFAEL
– Konsep/Inspirasi: Timeless love stories and promises to be together till death do they apart. (Disney love stories, Love Story, The Vow, etc)
– Cerita: Kisah cinta yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas (Hujan panas dalam visual)

 

10. HANG PI MANA – KHALIFAH BAND
– Konsep/Inspirasi: Hang Pi Mana music video.
– Cerita: Kesinambungan kisah Hang Pi Mana daripada video muzik mereka dengan pakaian & props yang penuh karakter.

 

11. TERAKHIR – SUFIAN SUHAIMI
– Konsep/Inspirasi: Dissolving figure with multiple exposure technique. (Looper, Brighton Rock, etc)
– Cerita: Persediaan seorang lelaki untuk menerima takdir & rela melepaskan kisah cinta yang kian terpudar, namun masih mengharap pengakhiran yang terbaik

 

12. KALAH DALAM MENANG – SYAMSUL YUSOF & MAWI
– Konsep/Inspirasi: Balance of life, with Yin-Yang, Good-Bad, Black-White combination with multiple exposure technique. (Martha Marcy May Marlene, The Girl with The Dragon Tattoo, etc)
– Cerita: Keseimbangan kebenaran & kebatilan dalam dunia yang penuh mencabar & bagaimana seseorang manusia menghadapinya.

Jadi poster yang mana satu pilihan kalbu? Jom share dengan kitaorang!