Sebut saja nama Cristano Ronaldo sudah tentu peminat bola sepak, tak kira peminat di Malaysia atau peminat seluruh dunia mengenali lelaki ini. Setakat ini kami boleh katanya yang tiada siapa lagi yang mampu lawan Cristiano Ronaldo dan pencabar terdekat beliau ialah Messi

Kini semua orang boleh menonton kisah tentang Cristiano Ronaldo yang dikatakan bakal ditayangkan di pawagam pada 9 November ini. Dalam filem ini korang akan diperlihatkan perjalanan Cristiano Ronaldo dari beliau lahir (1985) hingga tahun 2015, juga diselitkan video sesi interview bersama Cristiano Ronaldo dan juga aktiviti harian beliau bersama rakan-rakan dan keluarga beliau.

Jom kita lihat trailer untuk filem “Ronaldo” ini

Mesti ramai peminat Ronaldo tidak sabar untuk menonton filem ini!