Kami berpeluang untuk menonton teater muzikal di Istana Budaya pada malam ni dan kami telah pun menonton satu teater yang dibawakan oleh produksi Hyper Pictures Sdn Bhd dan Tall Order Production dan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Istana Budaya.Mencari Sumaiyah 2Teater Muzikal “Mencari Sumaiyah” ini sudah pun mula ditayangkan di Istana Budaya sejak 8 Ogos lalu dan 14 Ogos iaitu Ahad ini merupakah hari terakhir tayangan teater muzikal ini di Istana Budaya.

Antara barisan pelakon yang turun menjayakan teater muzikal ini ialah Erra Fazira, Afdil Shauki, Sherry Alhadad, Ruzana Ibrahim, Aisyah Hasnaa, Nadia Aqilah, Nasz Sally dan Fauziah Nawi

1.ELEMEN YANG SEIMBANG

So cukup pasal pengenalan. Ni kami nak bagitau yang korang kena tengok teater muzikal “Mencari Sumaiyah” ni sebab teater ni lengkap dengan elemen sedih dan gembira.Mencari-Sumaiyah-21Sebab bila babak sedih memang sedih gila tapi bila babak lawak korang mesti gelak tak kering gusi punya, sebab dalam teater ni semua karakter ada.

2. Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi

Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi merupakan empat orang tukang jahit dari Kampung Rukun, sebuah kampung dimana penduduknya dikenali kerana berpakaian cantik dan segak, tak kira apapun pekerjaan mereka. Semuanya hasil usaha mereka.Mencari Sumaiyah 9Gabungan mereka ini menguatkan lagi teater muzikal “Mencari Sumaiyah” ini dan kehadiran Erra Fazira tidak menengelamkan mereka ini. Mereka ni memang pakej lengkap karekter mereka memerlukan antara satu sama lain. Nak tau kenapa? Korang kena lah tengok teater ni!

3.NYANYI LIFE

Gabungan suara Sherry Alhadad, Ruzana Ibrahim, Aisyah Hasnaa, Nadia Aqilah dalam teater muzik “Mencari Sumaiyah” ini amatlah mencari dan sangat harmoni. Masing-Masing boleh menyanyi. Kami rasa kalau mereka ini buat satu lagu bersama mesti boleh jual punya.Mencari Sumaiyah 18Lagi satu bila buat teater muzikal ni, semua pelakon kena nyanyi live baru kita rasa feel dia sebab bila kita miming, kita susah sikit nak rasa feel tu.

Nyanyian Erra Fazira yang sudah tentu sedap, dah lama tak dengar Erra nyanyi..Kalau rasa nak dengar Erra nyanyi live pegilah tengok “Mencari Sumaiyah” ni

3. GABUNGAN AFDLIN SHAUKI DAN NASZ SALLY MENJADI

Bila sahaja Afdlin Shauki dan Nasz Sally muncul diatas pentas confirm korang takkan berhenti gelak sebab siapa tak kenal Afdlin Shauki dengan lawak-lawak beliau dan kami agak terkejut dan terkesima dengan Nasz Sally, kerana beliau membawa watak dengan baik sekali.Mencari Sumaiyah 6Gabungan Afdlin Shauki dan Nasz Sally ini sangat menghiburkan sehinggakan kami sebagai penonton tak berhenti gelak sebab karenah mereka berdua ni.

4. ERRA FAZIRA

Yer, yang ni kami takyah nak ulas banyak-banyak lah, sudah tentu korang nak tengok bagaimana Erra Fazira membawa watak Maya Sue dalam teater muzikal “Mencari Sumaiyah” ini.Mencari Sumaiyah 3Sudah lama kita tidak melihat Erra Fazira di pentas teater, kali terakhir Erra Fazira beraksi di pentas teater dengan genre komedi adalah menerusi naskhah Bahayanya Wanita pada tahun 2014.

Nak tau bagaimana Erra Fazira membawa watak Maya Sue? Kena pegi tengoklah!

5. PLOT TWIST YANG MENARIK

Yer dalam teater muzikal “Mencari Sumaiyah” ini ada plot twist yang menarik yang mungkin korang tak dapat agak. Kami taknak reveal apa plot twist dia, korang kena pegi tengok sendiri teater ni okay!Mencari Sumaiyah 19Syabas kami ucapkan kepada Dira Abu Zahar atas buah tangan yang hebat ini. Ini merupakan kali pertama Dira mengarahkan teater muzikal berskala besar ini.

Menurut Dira, naskhah teater ini merupakan hasil kerjasama syarikat produksinya, Hyper Pictures Sdn. Bhd. dan Tall Order Sdn. Bhd.

Mencari Sumaiyah mengisahkan tentang empat orang tukang jahit, Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi dalam merealisasikan impian mereka untuk bergelar tukang jahit terkemuka.Mencari Sumaiyah 12Dalam keempat-empatnya mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah ikatan persahabatan di antara mereka akan terlerai?

Semuanya akan terjawab dalam teater Mencari Sumaiyah yang akan dipentaskan bermula 8 hingga 14 Ogos ini.Mencari Sumaiyah 20Tiket-tiket berharga RM40, RM60, RM80, RM100, RM130 dan RM150 boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com atau anda boleh hubungi talian 03-40265558 untuk maklumat lanjut.

Gambar dari Facebook Istana Budaya