Ahli kumpulan CN Blue, Jung Yong Hwa sekali lagi menjadi perhatian dengan karisma dan sisi kelakiannya dalam photoshoot terbaru bersama majalah High Cut.

Nampaknya gaya yang ditampilkan oleh Yong Hwa kali ini membuatkan pelakon drama siri Heartstring ini menjadi kegilaan peminat wanita. Yong Hwa yang sering tampil dalam rancangan variasi di Korea adalah band member CN Blue, penyanyi solo, pelakon dan juga model.

56502552

“Saya rasa saya tamak. Saya nak capai macam-macam benda. Saya pun dah mula bergerak solo sedikit demi sedikit demi membina kerjaya yang lebih luas kejayaannya.” ujar Yong Hwa penuh yakin.

65065657

Tambahnya lagi, “Sejak menjadi tamak ni, rasanya seperti saya kerja tak henti. Bila kita dalam umur 20an ni, kita kena terus kerja keras. Saya buat dan tolak diri macam bulldozer. Kadangkala memang rasa macam terlalu penat, tapi bila fikir yang saya buat semua ni untuk masa depan yang cerah, saya buat juga.”

 Jung Yong Hwa, pernah mengatakan yang dia meminati Girls’ Generation (SNSD) sebelum dia debut. Bila ditanya tentang gadis dalam hidupnya sekarang, Yong Hwa menjawab, “Dulu dan sekarang memang berbeza sebab Girl’s Generation adalah teman-teman sekerja sekarang. Saya memang rapat dengan Tiffany dan juga ahli lain. Kumpulan wanita yang saya minati sekarang dah tentu kumpulan AOA. Kumpulan AOA dan GFriend cantik dan segar.”

53064521

Gambar photoshoot Yong Hwa ini akan tampil dalam isu ke 144 majalah High Cut. 

Photo credit: High Cut