Masih ingatkah anda pada lakonan IU yang super comel dalam drama bersiri “Dream High”?

Penyanyi terkenal, puteri pop Korea, IU dikatakan akan membawakan watak utama dalam drama bersiri baru terbitan KBS bertajuk “Producer” (working title).

Menurut KBS, IU telah dicadangkan untuk memegak watak dalam draama bersiri terbabit. Namun masih tiada pengesahan tentang perkara ini. Pelakon Cha Tae Hyun sahaja yang sudah mengesahkan penyertaan dalam drama bersiri ini.

“Producer” bakal membawa kisah sekitar stesyen penyiaran. Drama ini bakal diterbitkan oleh Seo Soo Min manakala skripnya ditulis oleh Park Ji Eun yang sebelum ini popular dengan karya “My Love From The Stars”.

Sudah pasti peminat-peminat IU begitu teruja jika khabar angin ini benar. Rindu rasanya mahu melihat IU kembali beraksi di skrin televisyen.

 

c3cd7_20101220_dreamhigh_2

IU (dua dari kanan) bersama pelakon-pelakon Dream High