Pada 17 Oktober, laman web IMDb yang terkenal sebagai sumber informasi lengkap berkaitan filem, televisyen dan selebritiOn telah menyambut ulangtahun ke 25 mereka. Laman web ini adalah wikipedia kepada dunia hiburan khususnya yang berkaitan layar. Taip sahaja nama pelakon, atau nama filem, segala in fo berkaitan akan muncul.

“Sepanjang perjalanan 25 tahun, IMDb telah berkembang dari sebagai diari peribadi saya sehingga menjadi laman web nombor satu berkaitan filem,” kata Col Needham, pengasas dan CEO IMDb.

Untuk meraikan pencapaian mereka ini, IMDb mendedahkan Top 25 stars sepanjang masa. Bintang-bintang ini telah diundi pada kedudukan teratas secara konsisten sepanjang 25 tahun ini. Ranking ini diambil berdasarkan page view lebih kurang 200 juta pengunjung laman web ini setiap bulan.

Adakah bintang kesayangan anda tersenarai dalam carta ini? Berada di kedudukan teratas ialah pelakon hebat Johnny Depp

kinopoisk.ru

IMDb Top 25 Stars Of All-Time

  • 1. Johnny Depp
  • 2. Brad Pitt
  • 3. Angelina Jolie
  • 4. Natalie Portman
  • 5. Pamela Anderson
  • 6. Tom Cruise
  • 7. Orlando Bloom
  • 8. Jennifer Lawrence
  • 9. Robert Pattinson
  • 10. Leonardo DiCaprio
  • 11. Kristen Stewart
  • 12. Bruce Willis
  • 13. Emma Watson
  • 14. Christian Bale
  • 15. Scarlett Johansson
  • 16. Lindsay Lohan
  • 17. Jessica Alba
  • 18. Keira Knightley
  • 19. Megan Fox
  • 20. Vin Diesel
  • 21. Tom Hardy
  • 22. Heath Ledger
  • 23. Russell Crowe
  • 24. Shailene Woodley
  • 25. Tom Hanks

Untuk lebih banyak cerita dan carta berkaitan dunia filem dan TV, pergi ke IMDb.com.