Akhirnya, penantian peminat-peminat EXO berakhir apabila mereka tampil dengan MV berjudul “Call Me Baby.”

main_img1

EXO membuat kemunculan yang sememangnya dinanti-nantikan dengan album penuh kedua mereka bertajuk EXODUS  dengan single pertama, Call Me Baby. Album ini telah dilancarkan secara digital dan fizikal dalam bahasa Korea dan Mandarin pada 30 Mac 2015.

Menurut SM Entertainment, album EXO kali ini melibatkan produser dan pencipta lagu antarabangsa seperti The UnderdogsTeddy RileyStereotypes dan Kenzie. Selain itu, ahli kumpulan SHINee, Jonghyun juga telah menciptakan sebuah lagu untuk album Exo ini.  Terdapat 10 lagu dalam album EXO kali ini yang sudah pasti adalah refleksi kepada imej dan gaya EXO yang tersendiri.

Saksikan sendiri MV Call Me Baby dalam versi Korea dan Mandarin.

 

EXO-K

EXO-M