Selepas puas berteka-teki dengan para pendengar semenjak Jumaat lepas, stesen radio Hot FM telah pun membuat pegumuman rasmi mereka pagi tadi. Pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah pun mengumumkan pengunduran empat penyampai mereka, termasuk penyampai utama mereka, Farah Fauzana dan AG. Berita ini sangat mengejutkan ramai pihak kerana sudah lebih 10 tahun mereka bersama-sama dengan Hot FM.

Empat DJ tinggalkan Hot FM serentak akan meninggalkan impak kepada penonton mereka. Empat penyampai tersebut adalah Farah Fauzana Mohd Fadzil (Fara Fauzana), Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairu Norliza Khairudin (Liza). Masing-masing akan membawa haluan sendiri.

hot 1

AG & Ikhwan yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama Hot FM, akan berpindah ke stesen radio yang baru di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Liza juga akan mengikuti jejak langkah mereka. Manakala, untuk Fara Fauzana, beliau akan fokus kepada dunia pengacaraan selepas berakhirnya tempoh khidmatnya bersama Hot FM pada 26 Febuari 2016 ini.

Apa pun perjalanan karier yang mereka pilih, team Ehgosheep mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua.

Sumber: Berita Harian