Kegilaan masyarakat Malaysia terhadap Ayda Jebat tidak dapat disangkal lagi. Beliau seakan-akan mencipta fenomena tersendiri menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% dan M.A.I.D. Apabila mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian, Ayda tidak kurang hebat apabila lagu debutnya “Siapa Diriku” menjuarai semua carta radio di Malaysia.

AJ2_edit

Malah lagu tersebut berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik selain merangkul Anugerah Lagu MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini. Single kedua Ayda, Pencuri Hati juga dengan pantas mendapat perhatian. Walaupun dihimpit kontroversi lagu ini agak similar dengan sebuah lagu Korea, kita tidak boleh menyangkal lagu yang cheeky dan mudah dihadam ini punya kekuatan tersendiri.

Oleh sebab itu, segmen Cover Pilihan kali ini tertarik untuk berkongsi dengan anda cover lagu Pencuri Hati yang telah dinyanyikan oleh Hael dari duo Azhael. Rendisi balada yang nyata jauh dari lagu asal yang cheeky dan sangat pop memberikan sesuatu yang segar untuk lagu ini. Ditambah pula dengan kemerduan suara Hael yang amat kena dengan versi balada Pencuri Hati, ini antara cover yang wajib anda dengar! Good job Hael!

 

Follow Hael Husaini di

Youtube: Azhael Official 

Instagram: @hael_azhael