Masih ingatkah lagi anda tentang berita Taylor Swift dan Tom Hiddleston yang asyik bercumbuan di Rhode Island pada Jun lepas? Ya, siapa boleh lupa tentang kisah cinta baru Taylor Swift yang baru sahaja memutuskan hubungan dengan Calvin Harris.

Photo Location: Westerly RI--Public Beach Captured 9/13/16

Photo Location: Westerly RI–Public Beach Captured 9/13/16

Namun selepas segala saat romatis bersama, pertemuan bersama keluarga, hubungan antara dua bintang ternama ini tidak bertahan lama. Selepas tiga bulan bercinta, pasangan ini dilaporkan telah berpisah. Apa yang pasti, perpisahan ini tidak melibatkan orang ketiga. Pasangan yang sungguh romatis ini dilaporkan tidak lagi bersama selepas hampir sebulan tidak menunjukkan kehadiran mereka bersama dimana-mana media.

image

Hanya mereka berdua yang tahu apa yang terjadi. Kini gadis-gadis boleh kembali bertenang selepas bersedih dengan berita hubungan mereka. Untuk Taylor, siapa pula selepas ni?