Akhirnya penantian peminat BIG BANG selama tiga tahun berakhir! Mereka kembali dengan comeback yang pastinya menjanjikan sesuatu yang hebat. Hari ini, 27 April,  YG Entertainment telah pun mengeluarkan poster baru berkaitan BIG BANG di blog rasmi mereka.

bigbang-made-teaser

Pastinya dengan poster ini, menimbulkan keterujaan kepada peminat-peminat BIG BANG seluruh dunia yang tidak saba untuk mendengar single pertama mereka. Album yang diberi tajuk MADE akan hinggap di pasaran secara berperingkat. Bermula dengan huruf M ia akan berterusan sehingga album penuh dilancarkan pada 1 September. Single bertajuk Loser dan Bae Bae telah pun dipersembahkan kepada peminat di konsert Big Bang 2015 World Tour ′MADE′ in Seoul with Naver. 

Loser dan Bae Bae akan dilancarkan secara online pada 1 May ini.

Photo Credit: YG Entertainment