Bagi mereka yang tidak tahu Nur Aishah Binti Aziz atau lebih dikenali sebagai Aisyah Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Tempat keenam Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Lagu debut nyanyiannya berjudul “Mimpi” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Lagu Tanda Tanya ini menjadi taruhan baru Aisyah Aziz dan merupakan single ketiga beliau. Jadi jom kita layan lagu Tanda Tanya nyanyian Aisyah Aziz ini