Filem sekuel Ada Apa Dengan Cinta 2 menemui penonton pada tanggal 28 haribulan yang lalu. Peminat AADC sudah pasti tidak sabar menonton kesinambungan kisah percintaan Cinta dan Rangga. Team ehgosheep berpeluang menghadirkan diri pada tayangan perdana AADC2 yang berlansung di e@Curve minggu lalu. Jom kita baca 5 sebab utama mengapa anda WAJIB menonton AADC2

1. Satu-satunya sekuel filem Indonesia yang baru dibuat setelah 14 tahun filem pertamanya.

riri-riza-mira-lesmana-gaet-pengungsi-j-096119

Penerbit filem ini, Mira Lesmana mengaku tidak pernah merancang untuk menerbitkan filem AADC2. Namun atas permintaan hangat peminat-peminat akan kelanjutan kisah cinta Rangga dan Cinta sedikit sebanyak memberikannya inspirasi untuk menerbitkan sekuel ini.

2. Cinta dan Rangga X Dian dan Nicholas

Official-Teaser-Ada-APa-Dengan-Cinta-2
Baik Dian mahupun Nicholas, mereka adalah pelakon yang sangat seletif dalam memilih watak dalam filem. Kembalinya dua bintang ini dalam satu layar sudah tentu dinantikan oleh semua peminat filem. Manakala kisah percintaan Cinta dan Rangga yang tergantung pada filem pertama menjadikan filem kedua ini satu pernantian untuk peminat mengetahui pengakhiran kisah cinta tragik mereka. Wajib tonton!

3. Filem ini berlatarkan 3 Bandar Besar

hqdefault
Jakarta, Yogjakarta dan New York. Film AADC2 begitu indah apabila latar belakang filem ini dihiasi 3 bandar hebat tersebut. Ada debu Jakarta, kesibukan vintage New York dan keindahan alam Yogjakarta. Pastinya keindahan dan keunikan kota-kota tersebut menaikkan mood dalam cerita yang penuh romantis ini.

4. Puisi Rangga

Tidak-Ada-New-York-Hari-Ini_Revius
Watak Rangga yang dilakonkan oleh Nicholas Saputra dikisahkan sebagai seorang yang penuh misteri namun romantis. Dia gemar menulis puisi yang membuat Cinta jatuh hati dan sukar melupakannya. Dalam filem keduanya, Rangga kembali akan memanjakan Cinta dan penonton dengan puisi-pusi karangannya yang nyata sungguh puitis dan menambahkan mood romatik dalam filem ini. Jika anda jatuh cinta dengan puisi-puisi setelah menonton AADC2, anda boleh mendapatkan buku Tidak Ada New York Hari Ini karya Aan Masyur.

5. Pelakon-pelakon dengan watak ikonik

075729500_1446109889-Geng-AADC-2
Filem ini melibatkan pelakon-pelakon hebat Indonesia. Waktu mula terlibat dalam AADC pada 2002 yang lalu silam, Dian Sastrowardoyo, Adinia Wirasti, Sissy Pricillia, Titi Kamal, Dennis Adhiswara, Nicholas Saputra mungkin belum sepopular sekarang. Kini, mereka tercatat sebagai bintang yang sangat diperhatikan. Filem ini turut menampilkan Ario Bayu, Christian Sugiono, Sarita Thaib dan Dimi Cindyastira yang hadir menjadi ‘pelengkap manis’

Kami sarankan anda menonton sendiri filem ini di pawagam kerana filem ini sangat jujur tanpa babak-babak yang terlalu dibuat-buat. Juga kerana watak Milly yang sangat menghiburkan. AADC2 telah menemui penonton di 80 pawagam seluruh negara!