Zaman sekarang ni, sikit-sikit viral, sikit-sikit viral. Semua benda nak viral. Benda baik-baik kalau nak viral, takpe lagi. Tapi benda yang remeh-temeh nak viral, nak ambil peduli kadang-kadang bro tertanya jugak, salah siapa sebenarnya Malaysia ni tak maju-maju lagi. Salah orang atasan atau salah kita-kita yang dekat bawah ni yang ambil peduli benda yang tak sepatutnya kita ambil peduli.

Buang masa.

Tanpa mereka sedar, mereka buat sesuatu isu menjadi viral, dan mereka tidak mendapat apa-apa. Tapi orang yang mereka jadikan viral tu, macam-macam benda dia orang dapat. So harap lepas baca artikel ni, dapatlah berfikiran waras sebelum share, sebelum retweet, sebelum repost sesuatu benda tu.

#10: Video Dua Perempuan Bertudung Menyanyi Miming Di Instagram Dan Twitter.

Bro tak tau apa dalam benak fikiran orang pertama sekali yang share video ni dari pemilik asal. Kenapa dia tweet pasal video ni? Dia mudah terhibur ke? Nak kata terhibur, tak juga. Kenapa perlu save video dia, dan share balik di platform media sosial sendiri? Kalau rasa video tu annoying, kenapa perlu sebarkan lagi? Biarlah hayat video tu habis terus di media sosial dua budak perempuan tu.

Yang lagi kelakar, orang yang retweet dan yang share di laman facebook. Apa yang korang fikir? Secara tak langsung, kau dah sebarkan kebencian terhadap perempuan tu satu hal, dan secara tak langsung kau dah famouskan dua-dua budak perempuan tu. Kita dah ada Bobo tu cukuplah. Cukuplah kita orang Malaysia buat silap sekali. Kenapa mesti pisang berbuah dua kali?

Yang bodoh biarkan jadi bodoh. Kita jangan biarkan diri kita diperbodohkan sama.

#9: Dua Puak Budak-Budak Bergaduh Di KLCC.

Yang ni lagi kelakar. Yang join pun kelakar, yang perbesarkan isu ni pun kelakar. Yang join dan create benda ni sah-sahlah takde benda lain yang dia orang boleh buat mengisi masa lapang dia orang di hujung minggu. Tapi yang perbesarkan isu ni pun boleh tahan juga.

Sebab bukan setakat perbesarkan isu, tapi siap share lagi video-video berkaitan benda ni. Tak pasal-pasal lagi ramai crowd yang join benda ni. Cuba kalau kau perbesarkan isu tu, tapi kau kias-kias je. Tak share video, tak sebut nama puak-puak ni. Barulah kau tak membantu kedua puak ni dapat pengikut yang baru!

Dah lah bergaduh pasal benda yang entah apa-apa. Tapi tak salah dia orang juga, sebab dia orang semua budak lagi. Kita pun pernah jadi budak jugak apa.

Let people live. Nanti esok-esok dia orang kenang balik zaman muda dia orang, dia orang akan rasa bodoh sendiri.

#8: Perempuan Menyanyi Tak Sedap Di Twitter.

Orang nyanyi tak sedap, tapi kau RT tweet video dia. Tak pun kau quote tweet dia sambil bagi komen kau yang kata dia nyanyi tak sedap. Tanpa kau sedar, views video Youtube dia tiba-tiba dah cecah 500 ribu views. Walaupun dia nyanyi tak sedap.

Tapi kau pernah sedar tak yang sebenarnya kau dah membantu dia untuk dapatkan perhatian yang dia nak. Ye, ramai yang cakap dia nyanyi tak sedap sama macam pendapat kau. Tapi kan lagi bagus kalau dia nyanyi tak sedap, tapi kau tak share? Biar takde orang tau yang dia menyanyi. Dia pun tak dapat publisiti, kau pun tenang. Sebab apa tenang? Sebab video nyanyi takde orang view. Nak buat next video pun rasa malas dah takde orang tengok!

Tapi kau bantu dia dapat view! Dan dia dapat jadi famous! Kau jadi apa?

#7: Instafamous Sailang Makwe Kawan Baik.

Cuba bagitau dekat bro, macam mana kau boleh ada masa nak layan benda macam ni? Kau baca instagram kawan baik dia punya caption pun dah makan masa at least 2 minit. Lepas tu kau stalk instagram makwe tu dah agak-agak dalam 10 minit. Lepas tu kau pergi balik akaun instafamous tu, kau baca pulak caption penjelasan dia. Tu pun lagi 3 minit. Tak pasal-pasal 15 minit dah terbuang. Tu belum bro kira masa kau duk tweet pasal isu ni lagi.

Kau takde benda lain ke nak buat dari duk cerita dan bantu viral kisah cinta yang kelakar macam ni? Bukannya cerita keburukkan dia dekat media sosial boleh buat dia jatuh saham atau buat dia dah tak boleh buat duit dari buat video paid review. Kau cerita keburukkan dia buat dia lagi ramai orang nak stalk dan follow dia dan secara tak langsung tambah followers dia dan buat dia dapat lagi banyak duit dari buat video paid review.

Lagi sekali bro tanya, kau dapat apa? Dia makin famous, satu video Instagram yang dia buat sekarang, lagi besar pendapatan dia dari gaji kau sebulan silap-silap!

#6: Pakwe Buat Surprise Birthday Dekat Makwe Aww Sweet Sangat.

Kes ni yang paling kelakar sekali mestilah golongan wanita. Bukan main mendambakan lelaki ni. Bukan main lagi share dekat segala medium yang ada dengan harapan dapat boyfriend yang macam ni. #RelationshipGoals katanya.

Soalan bro, bila dah share dekat Twitter, Instagram dengan Facebook, dah tag boyfriend masing-masing, ada ke dapat surprise birthday party yang macam ni? Tak dapat juga kan?

Yang lelaki pulak, bukan main ramai lagi yang sentap dengan peristiwa ni. Kau dah tak mampu jadi lelaki tu, kau senyap je lah. Kau jangan terbuai dengan perasaan ego kau. Lepas tu bila kau lepaskan dekat media sosial, makin ramai perempuan yang nak tengok video tu. Makin ramai perempuan nak ada relationship yang macam tu. Makin susah kau dapat makwe, bro.

Orang perempuan zaman sekarang, suka baca tweet pasal relationship goals, suka tengok instagram sweet-sweet macam ni. Sampai lupa yang relationship tu sebenarnya dua hala. Bukan lelaki je kena buat benda yang sweet-sweet macam tu.

Nak dilayan umpama puteri tapi taknak melayan umpama raja.

#5: Perempuan Cakap English Ada Accent Meloyakan.

Ni lagi satu. Makin meluat perkara yang dia buat, makin ramai yang share video dia. Makin loya gambar dia dekat Instagram, makin ramai yang mengata dekat Twitter.

Lagi sekali bro cakap, lagi ramai bercakap pasal dia, lagi famous dia jadi. Lagi ramai follow dia sebab nak jadikan bahan mengata, lagi kaya dia dapat job.

Dia buat video accent annoying, semua orang berhenti share! Biar jangka hayat video tu mati dekat situ je. Jangan endorse walaupun niat dihati nak mengata. Bak kata orang putih, every publicity is a good publicity. Kenapa perlu buang masa untuk ambil peduli dekat manusia yang macam ni?

Pergilah ambil peduli dekat mat salleh yang datang Malaysia lepas tu pandai cakap Melayu fasih siap ada accent Terengganu yang tanpa dibuat-buat!

Tak pasal perempuan ni sekarang bro dengar dah jadi duta produk dan dah dapat beberapa job berlakon. Dia kaya tapi kau cuma dapat dosa!

#4: Trend Ambil Gambar Gaya Pogba.

Ada satu trend ni yang melanda satu dunia. Yang kelakarnya, sampai ke Hari Raya orang buat gaya ni dalam gambar!

Tapi sebab kita orang Malaysia dan kita tak ada benda lain yang kita boleh buat. Kita kutuk orang yang buat gaya macam ni.

Kalau sekadar kutuk depan-depan tak apa lagi. Ini kutuk dekat platform yang bagi inspirasi dekat orang lain nak buat gaya tu dekat tempat lain pulak. Aduhai. Makin merebak benda tu jadinya.

Yang paling tak boleh belah, mak bapak atuk nenek pun dia orang ajar buat menatang ni. Aku lagi prefer gambar pura-pura menangis dalam Instagram IMHO!

#3: Lelaki Mula-Mula Pakai Baju Berwarna Lepas Tu Cuma Pakai Tuala.

Orang Malaysia ni, lagi dia tak suka benda tu, lagi dia cerita pasal benda tu. Lagi dia meluat, lagi seronok dia share. Sebab bila dia share benda ni, ramai kawan-kawan dia RT ramai kawan-kawan dia like. Sebab kawan-kawan dia pun jenis orang Malaysia yang tak suka tapi bercerita.

Macam kes yang berada di tangga ketiga ni. Semua orang tak suka mamat ni. Sebab mamat ni macam annoying gila dia kata dia menegakkan sesuatu, tapi cara dia menegakkan sesuatu tu ironi gila dengan benda yang dia melawan.

Tapi orang kita ambil peduli. Sebab bila ada isu macam ni, masa lunch hour atau tea break atau time dating nanti adalah topik nak diborakkan.

Bila ramai orang kita share cerita pasal dia, lagi dia jadi dikenali ramai. Dan lagi KPI dia capai kalau betul kata orang, dia dibayar untuk buat benda-benda ni.

Siapa yang tolong dia capai KPI dia?

Korang. Tahniah!

#2: Kes Acah-Acah Bunuh Diri Social Media Influencer.

Ada satu social media influencer ni, dia jadi influencer pun sebab dia sendiri yang kata diri dia tu influencer. Orang semua terus percaya dan rasa ter-influence dengan dia.

Tapi dia ni ramai orang tak suka. Yang bestnya, orang tak suka dia ni, lagi buat dia famous. Tapi orang lain yang orang lain buat jadi famous ni dapat job besar-besar, tapi social media influencer ni dia take things too serious, so satu malam dia buat keputusan untuk bunuh diri.

Dia acah-acah je. Bukan dia bunuh diri betul pun. Dia nak cari perhatian.

Dan dia dapat perhatian tu! Bukan main ramai lagi hero makwe-makwe yang muncul untuk backup dia. Dan ramai juga haters dia yang mengutuk dia malam tu.

Benda tu secara tak langsung dan secara langsung buat dia jadi lagi famous!

Lepas je kes tu, Alhamdulillah, akhirnya dia dapat juga job untuk bagi talk sampai ke Australia!

Hero makwe-makwe yang duk backup dia tu pun semuanya dengar kata dapatlah seorang dua makwe yang cair dengan dia orang.

#1: Drama Bersiri Pasal Karier Capai KPI.

Berada di carta pertama benda bodoh paling orang Malaysia ambil peduli tahun 2016 adalah drama bersiri cerita pasal karier dan bercinta dalam kaca tv dan juga di media sosial.

Orang Malaysia memang suka luang masa tengok tv. Takpe. Orang Malaysia suka ikut gaya hidup yang ditunjukkan dalam tv. Takpe. Tapi sampai kes tertipu kes kisah cinta dua pelakon utama dekat media sosial ni yang paling berdekah sekali.

Yang paling kelakar sekali pasal benda ni adalah, dua-dua akaun media sosial pelakon utama tu bukan dia orang yang jaga pun. Yang duk bercinta dalam Twitter tu pun bukan dia orang yang bercinta! Yang tukang berlakon dalam timeline korang bercinta tu adalah orang yang dah diupah untuk buat benda tu!

Tapi sebab orang Malaysia ni jenis yang ambil peduli dan sangat caring, dia orang senang terpedaya.

Dua pelakon utama tu apa lagi, ambil kesempatan dari situasi orang Malaysia senang kena tipu dan senang ambil peduli ni. Sorang jual minyak wangi, sorang lagi jual tudung nama watak.

Rating mencanak-canak naik sebab lakonan dalam media sosial menjadi. Produk yang dijual pun sangat laris!

Sampailah salah satu produk habis dijual. Terus keluar statement dekat media cakap yang jangan gosipkan pelakon wanita tu dengan pelakon lelaki tu. Game plan memang A.

Yang kena tipu siapa? Haha haha haha!

Media kita pun makin terdesak. Sebab berita yang dia orang cari sendiri dekat luar sana tu, yang penting-penting orang taknak ambil peduli. Sebab satu, mungkin sebab berita pun tak berapa nak betul.

So dia orang pun ambillah berita-berita yang samdol macam ni dijadikan berita dia orang. Untuk naikkan rating sama ada rancangan tv atau pun naikkan rating website dia orang. Supaya iklan boleh masuk dan dia orang dapat duit untuk bayar gaji pekerja dia orang.

Orang Malaysia akan selamanya jadi orang Malaysia. Kita akan selamanya ambil peduli benda remeh temeh ni sampai generasi bila pun kita tak tau.

Berubahlah. Demi masa depan bersama.

Selamat Tahun Baru!